Selamat datang ke TVETPro

Perkongsian Kemahiran & Pembelajaran Terbaik di Malaysia!

Get Started

Siapa itu TVETPro

TVETPro menyediakan peluang pembelajaran terunggul dalam bidang TVET, membantu anda memperoleh kemahiran unggul untuk mendapat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Kami TVETPro juga menyediakan kursus-kursus berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pasaran kerja yang sentiasa berkembang. TVETPro juga menawarkan peluang upskilling bagi individu yang ingin terus memperbaharui dan memperluaskan kepakaran mereka.

Visi TVETPro

Visi kami adalah menjadi pemimpin dalam menyediakan pendidikan vokasional yang berkualiti dan menyumbang kepada kemajuan industri.

Misi TVETPro

Misi kami adalah menyediakan platform pembelajaran yang memenuhi kehendak industri, memajukan kecekapan, dan meningkatkan kemahiran.

TVETPro

Apa yang TVETPro Tawarkan?

Pengiktirafan SKM untuk Pengalaman Pekerjaan

Dapatkan pengiktirafan SKM berdasarkan pengalaman kerja anda, meningkatkan kelayakan dan peluang kerjaya.

Upskilling Training for Trainer

Tingkatkan kemahiran instruktur dengan kursus khas, melibatkan teknik pengajaran terkini dan komunikasi efektif.

Kursus Soft Skills

Kuasai kemahiran insaniah kritis seperti komunikasi, kepimpinan, dan kerjasama dalam persekitaran kerja.

Kursus Teknikal

Perluas pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang teknikal seperti kejuruteraan, teknologi maklumat, dan banyak lagi.

TVETPro

Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)



Apakah itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)?

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ialah pengiktirafan yang penting dalam arena kemahiran dan pembangunan pekerjaan di negara kita. SKM diberikan kepada individu yang berjaya menyelesaikan program latihan dan pembelajaran dalam pelbagai bidang kemahiran. Ia bukan sahaja mengukuhkan kompetensi tetapi juga membuka pintu kepada pelbagai peluang pekerjaan dan perkembangan kerjaya. SKM adalah pengiktirafan rasmi dan prestij untuk kemahiran yang anda miliki, membawa anda ke arah pengiktirafan profesional dan kejayaan dalam dunia pekerjaan. Jom sertai kami dalam perjalanan mencapai kecemerlangan melalui pengiktirafan SKM!







Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) - satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam NOSS berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.


Apakah Kelebihan PPT? 

  • Memperolehi Sijil dalam masa yang singkat.
  • Pemohon tidak perlu meninggalkan pekerjaan atau menghadiri kelas atau latihan.
  • Kos rendah (tidak melibatkan kos latihan).

TVETPro

F.A.Q Soalan Lazim

  • TVET merujuk kepada Pendidikan dan Latihan Vokasional dan Teknik. Ia memberi tumpuan kepada penyediaan kemahiran praktikal dan pengetahuan untuk pekerjaan tertentu.

  • Tempoh program TVET adalah berbeza. Kursus pendek dan pensijilan boleh mengambil beberapa minggu atau bulan, manakala program diploma mungkin berjangka satu hingga tiga tahun, bergantung kepada kompleksiti bidang tersebut.

  • SKM lebih menumpukan kepada kemahiran praktikal dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dalam bidang pekerjaan tertentu. Ia menunjukkan kebolehan individu dalam konteks kerja sebenar.

  • Ya, SKM boleh diambil berdasarkan pengalaman pekerjaan. Program ini mengiktiraf pengalaman kerja. Tempoh penilaian adalah 3 bulan dan tidak perlu menghadiri kelas.

  • Kebanyakan program SKM terbuka kepada pelajar dengan pelbagai tahap kelayakan, termasuk mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik formal.

  • Ya, SKM dapat meningkatkan peluang pekerjaan kerana ia memberikan pengesahan kemahiran praktikal yang dicari oleh majikan.

TVETPro

Pusat Penilaian Amali - PPT



Apakah itu Pusat Penilaian Amali?

Pusat Penilaian Amali merupakan pusat yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi Pengikhtirafan Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) secara Penilaian Amali atau praktikal tanpa perlu menyediakan bukti pengalaman.


Apakah Kelebihan PPA? 

  • Tiada pembangunan portfolio
  • Tempoh masa penilaian tidak melebihi 8 jam
  • Merangkumi penilaian prestasi & pengetahuan
  • Melibatkan verifikasi PPL-PPT untuk pesijilan

TVETPro

Contact us

Location:

9-1, Jln Puteri 2A/2, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor

Call:

+60 19-270 6350
+60 18-231 1103

Loading
Your message has been sent. Thank you!